PETALING JAYA: Seorang lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah berjumlah kira-kira RM150,000 membabitkan isu pengeluaran lesen cari gali. Penahanan suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu dilakukan kira-kira pukul 9.30 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah. Satu sumber berkata, suspek yang juga merangkap Pembantu Menteri dipercayai melakukan perbuatan tersebut sekitar tahun 2023 dan 2024. “Siasatan juga mendapati suspek disyaki telah meminta dan menerima rasuah bernilai kira-kira RM150,000 daripada seorang individu berpangkat Datuk kononnya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya