Konflik Asia Barat: Harga motosikal naik Mei?

Konflik Asia Barat: Harga motosikal naik Mei?

ASRI Ahmad (kanan) menyerahkan kunci replika motosikal X-Wedge Rover RL2000S kepada Awie di Kuala Lumpur, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Harga jualan motosikal di negara ini dijangka meningkat berikutan konflik Asia Barat yang mengganggu bekalan minyak global sekali gus memberi kesan kepada operasi pengeluaran.

Ketua Pegawai Operasi Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), Asri Ahmad berkata, kemungkinan kenaikan akan berlaku pada Mei atau Jun ini meskipun perang di wilayah berkenaan tamat dalam tempoh tersebut kesan terhadap bekalan serta harga bahan api.

“Malaysia bernasib baik (ada subsidi bahan api), cuma kita import dari luar. Jadi, (harga) mesti akan naik.

“Bila kenaikan (harga motosikal) itu akan berlaku, kita tengok bila perang habis tapi saya ingat bulan Mei atau Jun ini.

“(Bekalan) minyak kita tidak boleh jangka. Kalau perang tamat, tidak jadilah (harga naik). Namun, kesannya tetap ada dari segi (penggunaan) bahan api (untuk operasi),” katanya kepada Utusan Malaysia selepas Majlis Berbuka Puasa Mforce Bersama Media 2026 di sini, malam tadi.

Sehubungan itu, Asri mengingatkan para pengedar di bawah jenama Mforce agar sentiasa peka dengan keadaan semasa di Asia Barat dengan meningkatkan stok sementara harga jualan motosikal masih kekal seperti sedia ada.

Menurutnya, ini kerana sekiranya harga minyak di negara ini naik, mereka masih boleh meraih keuntungan mengikut harga lama jualan motosikal.

Beliau sebelum itu melancarkan dua model baharu keluaran Mforce iaitu KTNS TT Classic 150 dan Wmoto NX150S, masing-masing berharga RM6,888 dan RM6,688.

Beliau menyasarkan jualan sebanyak 8,000 unit setahun bagi KTNS TT Classic 150 dan 10,000 unit untuk Wmoto NX150S.

Asri turut menyerahkan kunci kepada pemilik pertama motosikal X-Wedge Rover RL2000S, artis Datuk Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN