Raja Muda dan Puan Raja Muda Perlis Mencemar Duli ke RWMF 2025

Raja Muda dan Puan Raja Muda Perlis Mencemar Duli ke RWMF 2025

RAJA Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Puan Raja Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil merakam gambar bersama pengunjung yang hadir pada pembukaan RWMF 2025 di Kampung Budaya Sarawak malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Pembukaan Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2025 di Kampung Budaya Sarawak malam tadi diserikan dengan kehadiran Raja Muda Perlis Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Puan Raja Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba baginda berdua semalam disambut oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah serta isteri dan diiringi timbalannya, Datuk Gerald Rentap Jabu serta isteri.

Turut sama Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan merangkap Pengerusi Lembaga Pelancongan Sarawak, Datuk Dennis Ngau.

Keberangkatan baginda berdua nyata menceriakan para pengunjung yang hadir, malah menambah seri acara dengan sentuhan istimewa diraja.

Dalam suasana yang meriah dan penuh warna-warni budaya, baginda berdua berkenan menyaksikan persembahan artis tempatan dan antarabangsa.

Antaranya kumpulan Mathew Ngau Jau bersama Lan E Tuyang, The Paradise Bangkok Molam International Band (Thailand), Naugan (Malaysia), Gaga Gundul (Perancis dan Indonesia), Seffarine (Maghribi, Cuba, Sepanyol, Amerika Syarikat dan Iran), Otyken (Siberia, Rusia) dan Meruked dari Sarawak.

Baginda berdua turut dijadualkan berangkat ke Majlis Perarakan Gawai Dayak 2025 yang akan berlangsung pada hari ini di Square Tower, Tebingan Sungai Sarawak di sini.

Lebih 10,000 pengunjung membanjiri SCV bagi menyambut malam pembukaan RWMF yang bertemakan “Connection – One Earth, One Love”, dengan pelbagai persembahan, aktiviti kebudayaan, serta sajian tempatan yang mencuit selera. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN