PETALING JAYA: Penyanyi rock, Rahmad Mega secara rasmi memilih Parti Amanah Negara (Amanah) sebagai wadah politiknya.
Parti itu dalam kenyataan berkata, penyanyi itu dengan nama sebenarnya, Rahmad Tohak menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu selepas mesyuarat Jawatankuasa Pimpinan Nasional yang berlangsung di Wisma Amanah, Kuala Lumpur.
“Kemasukan beliau ke dalam Amanah menandakan satu lagi lembaran baru dalam kehidupan seninya, kali ini sebagai aktivis politik yang komited kepada nilai keadilan sosial dan dakwah yang progresif,” katanya di Facebook.
Amanah berkata, pihaknya menyambut baik penyertaan penyanyi lagu Bayangan Gurauan itu ke dalam parti.
“Penyertaan Rahmad dan menyifatkannya sebagai satu suntikan semangat baharu kepada usaha parti dalam mendekati rakyat melalui pendekatan seni dan budaya,” katanya. – UTUSAN











