BAGAN SERAI: Dua rakyat Malaysia yang berjalan kaki ke Mekah sejak Disember lalu untuk menunaikan haji, selesai menunaikan ibadah tersebut dan kini dalam perjalanan pulang ke tanah air. Mohamad Al-Bukhari Ellia, 28, dan sahabatnya, Mohamad Azizul Abdullah, 34, membuat keputusan untuk sekali lagi akan berjalan kaki pulang kampung halaman mereka di Kampung Changkat Lobak di sini. Namun mereka merancang untuk berjalan kaki dari sempadan Thailand-Malaysia di Bukit Kayu Hitam, melalui…