Polis rakam keterangan penganjur program LGBT

Polis rakam keterangan penganjur program LGBT

HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis sudah merakam keterangan pihak penganjur program berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang dijangka berlangsung pada 21 Jun ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kertas siasatan sudah dibuka dan pihaknya telah memanggil pihak penganjur program terbabit yang juga wakil Parti Sosialis Malaysia (PSM)

“Program ini dilihat jelas melampaui sensitiviti rakyat serta menyalahi undang-undang negara yang tidak menyokong sebarang bentuk amalan LGBT di negara ini.

“Sehubungan itu, masyarakat awam dan mana-mana individu lain diingatkan untuk tidak menyertai program terbabit,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, penganjuran dan penyertaan dalam program ini boleh disabitkan dengan kesalahan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman,” ujarnya.

Media semalam melaporkan polis sudah membuka kertas siasatan susulan cubaan menganjurkan satu program berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) pada 21 Jun ini.

Hussein dilaporkan berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dengan 21 laporan polis diterima setakat ini.

Beliau dilapor berkata, polis Kontinjen Selangor mengesahkan terkesan dengan satu hantaran berhubung kandungan media sosial Pemuda Sosialis, Sayap Muda PSM yang merancang untuk menganjurkan satu program berkaitan LGBT pada 21 Jun ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN