Polis bantuan didakwa buat laporan palsu, serbuan di

Polis bantuan didakwa buat laporan palsu, serbuan di kediaman Tan Sri

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang polis bantuan didakwa hari ini kerana didapati membuat laporan palsu berkaitan serbuan ke atas kediaman milik Tan Sri, oleh individu menyamar pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 18 Jun lalu.

Ia berkaitan kes penyelewengan dana sukuk pem­binaan lebuh raya di Lembah Klang.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, pada mulanya satu laporan polis dibuat lelaki berusia 50 tahun itu pada pukul 8.10 pagi berkaitan serbuan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, susulan itu, siasatan telah dijalankan polis sebelum keterangan lelaki itu diambil.

“Hasil temu bual awal mendapati lelaki itu memberikan keterangan tidak konsisten dan mencurigakan. 

“Dia mengaku membuat laporan polis palsu yang mana dia tidak berada di lokasi kejadian ketika kejadian berlaku,” katanya.

Aidil berkata, tertuduh telah diarah menyerahkan laporan polis dibuatnya untuk dirampas sebagai bahan bukti.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini