Pesara polis cedera kereta terbabas rempuh warung

Pesara polis cedera kereta terbabas rempuh warung

ANGGOTA Pertahanan Awam memberikan bantuan awal kepada mangsa yang terlibat dalam kejadian kereta terbabas di Jalan Pantai Belimbing, Durian Tunggal, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Seorang pesara polis cedera selepas kereta dipandu terbabas sebelum merempuh sebuah warung dalam kejadian di Jalan Pantai Belimbing, Durian Tunggal di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.55 petang itu, mangsa, Md. Nor Md. Shah, 80, mengalami kecederaan bengkak pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, mangsa yang memandu kereta Perodua Myvi sedang dalam perjalanan dari Pulau Sebang menuju ke Taman Melaka Perdana.

“Setiba di lokasi warga emas itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelum melanggar kedai makan yang terletak di tepi jalan. Ketika kejadian kedai tersebut masih dibuka tetapi tiada pelanggan dalam premis berkenaan.

“Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk rawatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Alor Gajah, Kapten (PA) Shahrulnizam Mad Shah memaklumkan, empat anggota digegaskan ke lokasi untuk memberikan bantuan sejurus menerima panggilan kecemasan.

“Mangsa dikeluarkan oleh orang awam ketika pasukan tiba. Mangsa yang mengalami kecederaan bengkak pada dahi telah diberikan bantuan awal.

“Mangsa yang kelihatan trauma turut ditenangkan oleh anggota bertugas. Lelaki itu kemudian dibawa dengan ambulans untuk rawatan lanjut,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN