PORT DICKSON: Polis Negeri Sembilan memperkemas kesiapsiagaan melalui 500 anggota serta pegawai untuk menyambut ketibaan ketua-ketua negara dan delegasi yang akan menghadiri persidangan ASEAN yang dijadualkan berlangsung di Port Dickson pada September ini. Ketua Polis Negeri, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, sebagai persediaan juga, pihaknya menerusi Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan Angkatan Tentera Malaysia menerusi Briged Pertama Infantri telah pun melaksanakan Eksesais Perisai Bandar. Menurutnya, eksesais itu merupakan simulasi…