KUALA NERUS: Penternak ikan air tawar di Kampung Jeram Hilir, Sungai Nerus di sini, berdepan kerugian apabila ikan keli diserang parasit yang menyebabkannya mati, sejak Februari lalu. Seorang penternak, Mohd. Shah Abdul Ghani, 44, berkata, sehingga kini dianggarkan 12,000 ekor ikan keli yang diternaknya di enam sangkar mati dan terpaksa menanggung kerugian lebih RM16,000. “Parasit menyerang bahagian mulut dan badan ikan menyebabkan ternakan yang kurang antibodi mati. Ikan yang ada…