MELAKA: Seorang peniaga dalam talian mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan memiliki sepucuk pistol tiruan dan 30 butir peluru ball bearing, dua minggu lalu. Tertuduh, Tan Soo Kian, 34, membuat pengakuan itu sejurus tiga pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Uthman Abd. Ghani. Berdasarkan dua pertuduhan, tertuduh didapati memiliki sepucuk pistol tiruan jenama Pietro Beretta Gardone V.T buatan Itali bernombor siri E202265Z dan 30 butir peluru ball bearing yang digunakan bagi tujuan menyalahi undang-undang. Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara maksimum tujuh tahun atau denda sehingga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya