KOTA BHARU: Pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) dan Lingkaran Tengah Utama (LTU) di negeri ini sudah mencapai tahap 30 hingga 40 peratus secara keseluruhannya. Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan, Nik Soh Nik Yaacoub berkata, projek tersebut melibatkan 17 pakej dengan kesemuanya sudah ada lantikan kontraktor dan sedang bergerak aktif pada masa kini. “Kita berharap keseluruhan pembinaan dapat disiapkan sebelum 2028 kerana sasaran kita adalah menyiapkan kesemua projek utama sebelum penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) Ke-23 di Kelantan,” katanya semasa turun padang melawat tapak projek menaik taraf longkang konkrit…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya