SIK: Pelatih Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra yang maut dalam kemalangan jalan raya bersama dua lagi rakannya, Khamis lalu bercita-cita mahu menjadi penyelam komersial selepas menamatkan pengajian dalam bidang kimpalan nanti. Siti Fatimah Mat Rejab, 45, berkata, anak sulungnya Allahyarham Muhammad Fahmi Jamel turut menjadi harapan keluarga setelah dia sendiri bercita-cita untuk bekerja dalam bidang yang mampu menawarkan pendapatan lumayan. “Fahmi sering suarakan hasrat untuk bekerja di atas kapal…