Pelajar yatim piatu sentiasa pegang pesanan bapa

Pelajar yatim piatu sentiasa pegang pesanan bapa

NURAISHA Munira Muda (dua dari kiri) meraikan kejayaan cemerlang dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bersama kakaknya dan kawan-kawan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tunggal, Kuala Nerus, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Pesanan arwah bapa supaya belajar bersungguh-sungguh menjadi pega­ngan buat pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Tunggal, di sini, Nuraisha Munira Muda, 20, yang memperoleh keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0.

Anak bongsu daripada empat adik beradik itu kehilangan ibunya, Khairiah Embong pada 2021 manakala bapanya, Muda Mat Ali dua tahun kemudian akibat kanser paru-paru.

“Pemergian arwah ibu secara mengejut dan ayah sebab sakit membuatkan saya hampir hilang semangat.

“Namun pesanan ayah sebelum meninggal dunia supaya saya belajar bersungguh-sungguh sentiasa terpahat dalam diri,” katanya ketika ditemui di sekolah itu semalam.

Nuraisha Munira mengambil empat subjek iaitu Bahasa Me­layu, Pengajian Perniagaan, Seni dan Pengajian Am.

Katanya, dia tinggal bersama kakak sulungnya, Nur Fathihah, 27, dan abangnya, Aliff Hakimi,24, di Kampung Bukit Kandis manakala abang kedua, Amirul Naim, 26 , sudah berkahwin.

“Saya mahu belajar dalam bidang rekabentuk dalaman dan bercita-cita menjadi pereka hiasan dalaman.

“Saya mahu ubah nasib keluarga kerana kakak dan abang meletakkan harapan yang tinggi kepada saya,” katanya.

Nuraisha Munira antara empat pelajar SMK Bukit Tunggal yang memperoleh keputusan cemerlang 4.0 yang diumumkan semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×