KUALA NERUS: Pesanan arwah bapa supaya belajar bersungguh-sungguh menjadi pegangan buat pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Tunggal, di sini, Nuraisha Munira Muda, 20, yang memperoleh keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0. Anak bongsu daripada empat adik beradik itu kehilangan ibunya, Khairiah Embong pada 2021 manakala bapanya, Muda Mat Ali dua tahun kemudian akibat kanser paru-paru. “Pemergian arwah ibu secara mengejut dan…