PASIR PUTEH: Seorang pelajar maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh bahagian belakang sebuah lori di Kilometer 30 Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu, berhampiran simpang tiga Banir Belikong, di sini, semalam. Dalam kejadian sekitar pukul 3.15 petang itu, mangsa berusia 17 tahun menunggang motosikal jenis Yamaha LC dari arah Selising ke bandar Pasir Puteh maut dilokasi. Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan itu berlaku apabila sebuah lori dipandu seorang lelaki berusia 38 tahun dari arah bertentangan dipercayai sedang membelok ke simpang Banir Belikong. “Mangsa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya