BESUT: Kira-kira 300 anak benih batu karang staghorn atau tanduk rusa dibiakkan semula di perairan taman laut di Pulau Perhentian di sini sebagai usaha memulihara hidupan itu daripada pupus. Penyelaras Program Pemulihan Karang di Pulau Perhentian, Aznan Abas berkata, usaha itu dilakukan dengan penyertaan 30 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Besut dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Setiu, KD Sri Klang, Jabatan…










