PDRM tingkat usaha pertingkat integriti, tadbir urus

PDRM tingkat usaha pertingkat integriti, tadbir urus

Tan Sri Razarudin Husain
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus memperkukuhkan usaha-usaha bagi mempertingkatkan integriti dan tadbir urus agensi keramat itu demi memastikan imej pasukan sentiasa dihormati rakyat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sangat bertepatan dengan prinsip PDRM, iaitu ‘Tegas, Adil dan Berhemah’, dalam melaksanakan tugas demi menegakkan undang-undang dan mengekalkan keamanan negara.

“PDRM merafak sembah menjunjung kasih di atas titah penuh hikmah Yang di-Pertuan Agong yang mengingatkan semua agensi penguat kuasa supaya menjalankan tugas dengan penuh integriti agar rakyat terus menaruh kepercayaan dan menghormati uniform yang dipakai.

“Kita akan terus memperkukuh usaha-usaha mempertingkatkan integriti, memperkukuh tadbir urus yang baik serta memerangi sebarang bentuk salah laku demi memastikan imej pasukan sentiasa dihormati rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurutnya, PDRM amat menitikberatkan nilai integriti sebagai tunjang utama dalam setiap tindakan warga pasukan. 

“Integriti adalah amanah dan tanggungjawab yang dipikul oleh setiap anggota PDRM, sejajar dengan ajaran Islam yang menuntut kejujuran, keikhlasan dan keadilan dalam 

 “PDRM berdiri teguh di belakang titah Seri Paduka Baginda dan menegaskan bahawa setiap anggota PDRM akan terus menghayati nilai-nilai murni dalam menjalankan tugas untuk agama, bangsa dan negara,” tegasnya.

Terdahulu, Sultan Ibrahim menyeru supaya semua agensi penguat kuasa menjalankan tugas dengan penuh integriti agar rakyat tidak hilang kepercayaan dan terus menghormati uniform yang dipakai.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN