Pasukan Taktikal SPRM tiba di kediaman Tan Sri - Utusan Malaysia

Pasukan Taktikal SPRM tiba di kediaman Tan Sri

ACTS tiba di kediaman individu bergelar Tan Sri berkaitan kes penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur. - UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sepasukan anggota Pasukan Taktikal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau Anti Corruption Tactical Squad (ACTS) tiba di kediaman individu bergelar Tan Sri pagi ini, berhubung siasatan penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang bernilai RM1.3 bilion.

Mereka tiba bersama empat kenderaan di kawasan kediaman suspek yang terletak di Bandar Tasik Selatan di sini.

Kenderaan-kenderaan itu adalah dua van putih bersama dua kereta jenis Nissan Grand Livina dan Honda City.

Proses merakam keterangan suspek yang dikaitkan dengan kes penyelewengan dana sukuk sejak semalam bersambung hari ini.

Kereta Toyota Vios berwarna putih membawa pegawai SPRM dilihat memasuki kediaman itu pada pukul 8.45 pagi.

Dalam pada itu, salah satu pintu masuk ke kawasan kediaman terlibat ditutup oleh polis bantuan sebuah syarikat.

Kon dan penghadang diletakkan di pintu masuk dengan anggota polis bantuan di situ menghalang petugas media menghampiri kawasan berkenaan.

Semalam, proses rakaman percakapan suspek mengambil masa kira-kira enam jam bermula pukul 9 pagi dan selesai pukul 3.07 petang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN