Orang muda kenal saya sebab lagu - Mawi - Utusan Malaysia

Orang muda kenal saya sebab lagu – Mawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Mawi tidak menolak bahawa lagu menjadi faktor yang membuatkan dia dikenali generasi muda zaman sekarang.

Kata pemilik nama sebenar Asmawi Ani itu, perkara berkenaan terbukti apabila muncul generasi itu yang tahu dan hafal lagu-lagu yang pernah dipopularkannya sebelum ini.

“Saya ukur populariti menerusi lagu. Ada orang muda yang hafal apabila saya jemput mereka nyanyikan lagu-lagu saya setiap kali saya membuat persembahan.

“Usia lagu Aduh Saliha, Kian, Lagu Jiwa Lagu Cinta hampir menjangkau dua dekad. Saya tak sangka mereka tahu lagu-lagu saya.

“Jadi saya bersyukur kerana lagu saya ada peminat dalam kalangan golongan ni,” katanya.

Mawi berkata demikian pada program Game Changers yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, baru-baru ini.

Mawi mencipta populariti menerusi pembabitan dalam program Akademi Fantasia musim ke-3 pada tahun 2005. Dia pernah mencipta fenomena dengan gelaran Raja SMS selepas menjuarai program realiti tersebut.

Bercakap mengenai Game Changers yang disertainya baru-baru ini, Mawi menyifatkan program tersebut bermanfaat untuk membangkitkan semangat golongan muda.

“Kehadiran saya adalah untuk memenuhi jemputan kawan. Kebetulan saya berkelapangan dan tinggal berdekatan.

“Program ini pada saya bagus untuk membangkitkan semangat orang muda yang mungkin berdepan fasa hidup mencabar.

“Kepada yang hadir, saya harap program ini membawa perubahan kepada diri mereka,” kongsinya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN