Netizen desak Lee Kwang Soo, Lee Sun Bin cepat kahwin - Utusan Malaysia

Netizen desak Lee Kwang Soo, Lee Sun Bin cepat kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: “Tolonglah cepat kahwin,”

Demikian antara komen netizen yang mula tidak sabar menantikan berita perkahwinan pasangan selebriti Korea Selatan, Lee Kwang Soo dan Lee Sun Bin selepas lapan tahun menyulam cinta.

Ramai peminat menyuarakan harapan agar hubungan dua bintang popular itu segera diakhiri dengan ikatan sah, memandangkan mereka sudah terlalu lama bersama dan kekal tanpa kontroversi.

“Saya harap mereka akan umum berita kahwin dalam Running Man. Dah lama sangat tunggu!,” tulis seorang pengguna media sosial.

Terdahulu, nama pasangan itu kembali hangat diperkatakan susulan kemunculan Sun Bin, 31, sebagai tetamu dalam program Jee Seol Jin World di YouTube, sekaligus mencetuskan semula perbualan mengenai kisah cintanya bersama Kwang Soo.

Pasangan itu mula rapat selepas bertemu dalam program Running Man pada 2016 sebelum mengesahkan hubungan cinta mereka kepada umum pada Disember 2018.

Sepanjang tujuh tahun bersama, Sun Bin dan Kwang Soo dilihat cukup terbuka mengenai percintaan mereka, malah sering mempamerkan kemesraan dalam beberapa temu bual serta siaran televisyen.

Sebelum ini, pernah timbul desas-desus mereka bakal mendirikan rumah tangga pada tahun 2021, namun sehingga kini tiada sebarang pengesahan rasmi mengenainya.

Biarpun masing-masing sibuk dengan karier seni, ramai memuji kematangan pasangan ini dalam menguruskan hubungan mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN