SEMINGGU dua ini begitu ramai yang memetik nama pelakon dan penyanyi, Naim Daniel, di media sosial.
Kononnya, Naim ialah artis yang didakwa terlibat dalam satu kes amang seksual dan perkara itu telah menggemparkan seluruh industri seni termasuk orang ramai.
Tak tipu, Cik Bunga pun turut terkejut dengan perkara ini. Sama seperti rata-rata warganet lain, Cik Bunga pun antara percaya dengan tidak mengenai sejauh mana kebenaran hal ini.
Bukan satu tuduhan main-main tahu. Ini hal serius. Cik Bunga perhatikan juga di media sosial, ramai kalangan warganet ‘menyindir’ dan memetik nama Naim sebagai si pelaku.
Ramai yang mengecam dan tidak kurang juga ada yang cuba back up penyanyi dan pelakon kesayangan mereka. Sebagai pemerhati, Cik Bunga tertanya tanya akan satu perkara, di mana Naim sekarang ini?
Ada juga Cik Bunga dengar yang dia sekarang sedang melarikan diri dan menyorok. Adalah pihak media cuma mendapatkan kenyataannya berhubung isu yang dihebohkan, siap ada yang cuba datang untuk bertemu dengannya di rumah, tetapi khabarnya dia tiada di situ. Entahlah.
Apa yang pasti, kalau benar Naim bukan individu yang bersalah, tak usah lari, tak usah menyorok.
Cik Bunga juga pasti ramai sedang menanti penjelasan dari sisi Naim. Rasa pelik juga sebab selama ini Naim rajin komen atau beri pendapat mengenai sebarang isu melibatkan orang lain.
Kenapa apabila sekarang nama terpalit, jika ia tidak benar, Naim tidak pula mahu jernihkan? Cik Bunga pun hendak tahu apa sebenarnya terjadi.
Tapi dari satu sisi, Cik Bunga tidak nafikan rasa kasihan dengan Naim. Kalaulah perkara ini memang benar berlaku, umpama satu petikan jari, musnah reputasi baiknya sebagai seorang artis selama ini. Penat lelah kerjaya dibina, tak akan begini pengakhirannya?