PETALING JAYA: Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyelaraskan bantuan kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas bas di Jalan Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding, Perak. Kemangan itu meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sementara 27 lagi cedera. Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, musibah menyayat hati itu yang sering kali berulang seharusnya menjadi peringatan buat semua pihak agar sentiasa berhati-hati dan tidak terburu-buru mengejar destinasi. “Nyawa kalian…










