Nahas Bas UPSI: PM, isteri zahir takziah

Nahas Bas UPSI: PM, isteri zahir takziah

ANGGOTA bomba membawa keluar mangsa nahas membabitkan sebuah bas dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak, pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya menzahirkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas di Jalan Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding di sini awal pagi tadi.

Anwar dalam kenyataan di akaun media sosialnya turut mendoakan semua yang terlibat dalam insiden itu diberikan ketabahan dan kekuatan menghadapi dugaan itu.

“Saya telah arahkan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk menyelaras bantuan sewajarnya buat keluarga mangsa.

“Musibah menyayat hati sebegini yang sering kali berulang seharusnya menjadi pengajaran buat semua agar sentiasa berhati-hati dan usah terburu-buru mengejar destinasi.

“Nyawa kalian terlalu berharga dan tiada galang ganti,” katanya.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan sekurang-kurangnya 15 individu dilaporkan maut dalam nahas membabitkan sebuah bas dan kenderaan pelbagai guna (MPV).

Difahamkan kejadian sekitar pukul 1 pagi itu melibatkan sebuah bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN