NACCOL tawar 100 lembu pada harga termurah sempena Aidiladha

NACCOL tawar 100 lembu pada harga termurah sempena Aidiladha

SHAMSUL Iskandar Mohd. Akin (tengah) bersama sebahagian daripada pembeli lembu korban termurah bagi Parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERMATANG PAUH : Sebanyak 100 ekor lembu ditawarkan pada harga termurah buat penduduk kawasan Parlimen Permatang Pauh di sini hasil inisiatif Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL).

Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, usaha itu diyakini dapat menggalakkan lebih ramai umat Islam menunaikan ibadah korban sempena Aidiladha pada tahun ini.

Beliau berkata, sambutan yang diterima di bawah inisiatif yang dianggap sebagai projek perintis itu setakat ini begitu menggalakkan apabila seekor lembu dijual dengan harga RM2,800 seekor atau RM399 bagi satu bahagian.

“Kita peroleh lembu-lembu korban ini secara pukal melalui kerjasama dengan Pertubuhan Peladang Negeri Johor dan Johor Plantations Group Berhad.

“Secara keseluruhannya, sebanyak 40 kawasan termasuk agensi kerajaan, masjid, surau, pusat tahfiz dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sekitar Parlimen Permatang Pauh telah menerima agihan lembu korban melalui program ini.

“Untuk pengetahuan, inisiatif ini juga selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memahami keinginan umat Islam khususnya golongan kurang berkemampuan untuk memperolehi peluang melaksanakan ibadah korban dengan harga mampu milik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Agihan Perdana 100 Ekor Lembu Korban Termurah Parlimen Permatang Pauh di Tapak Pasar Malam Taman Arowana di sini, hari ini.

Tambah Shamsul Iskandar, pihaknya turut berharap agar pelaksanaan program tersebut dapat diperhebatkan ke seluruh negara pada tahun depan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN