MOT, SPAD perlu kaji sistem pemantauan, rekod disiplin pemandu

MOT, SPAD perlu kaji sistem pemantauan, rekod disiplin pemandu bas

JAIS ABDUL KARIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pengangkutan dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) perlu mengkaji semula sistem pemantauan dan rekod disiplin pemandu bas sebagai langkah mengelakkan berlakunya tragedi sama yang meragut 15 nyawa awal pagi tadi.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, kedua-dua agensi juga perlu telus dalam memantau rekod latihan serta latar belakang setiap pemandu bas.

Katanya, siasatan menyeluruh , bebas dan telus juga perlu dilakukan terhadap pemandu,syarikat pengendali bas serta pihak yang memberi kelulusan perjalanan bas yang terlibat dalam kemalangan berkenaan.

“Berdasarkan maklumat awal dan laporan saksi, terdapat petunjuk jelas berkenaan kecuaian atau kesilapan pemanduan yang mungkin menjadi punca kemalangan. MCW memandang serius perkara ini dan menegaskan bahawa siasatan menyeluruh, bebas dan telus mesti segera dilakukan terhadap pemandu, syarikat pengendali bas dan pihak yang meluluskan perjalanan tersebut.

“Sekiranya terdapat unsur penyelewengan, rasuah atau kelalaian dalam proses pelesenan, penyelenggaraan, atau pemantauan prosedur operasi standard (SOP), maka tindakan tegas perlu diambil tanpa kompromi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Seramai 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) maut selepas terbabit nahas di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Jeli-Gerik, Perak awal pagi tadi, dipercayai berpunca daripada bas persiaran dinaiki mereka hilang kawalan.

Dalam pada itu, Jais berkata, keluarga mangsa nahas berhak mendapat keadilan dan bukannya bukan hanya simpati semata-mata.

“Justeru, sebarang kelemahan sistemik perlu didedahkan dan diperbetulkan segera.Tragedi ini tidak boleh dianggap sebagai satu kemalangan biasa. Ia mencerminkan kegagalan sistem kawalan jika terbukti ada unsur kecuaian berulang.

“MCW akan terus memantau perkembangan siasatan dan bersedia bekerjasama dengan pihak berkaitan bagi memastikan keadilan ditegakkan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN