Mohd. Shuhaily ke AKPS berkuatkuasa 1 Julai ini

Mohd. Shuhaily bertukar ke AKPS

MOHD. SHUHAILY MOHD. ZAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain ditukarkan ke Agensi Kawalan dan Perlindu­ngan Sempadan Malaysia (AKPS) selama dua tahun berkuatkuasa 1 Julai ini.

Beliau yang memegang jawatan Pengarah JSJ sejak Ogos 2023 dilantik sebagai Ketua Pengarah AKPS sehingga 30 Jun 2027.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar S Muthuvelu pula dilaporkan bakal mengambil alih jawatan Mohd. Shuhaily sebagai Pengarah JSJ.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mohd. Shuhaily ketika dihu­bungi mengesahkan perkara itu namun enggan mengulas lanjut.

Difahamkan, majlis Serah Terima Tugas bakal berlangsung Isnin ini.

Sebelum ini, pertukaran tersebut dikesan tular dalam laman media sosial sejak kelmarin.

Menerusi arahan pertukaran itu, dua lagi nama turut diumumkan bertukar iaitu Superintenden Urus Setia KPN (Dasar Strategik) Cawangan Khas Bukit Aman, yang bertukar ke Superintenden Komunikasi Korporat Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) Urus Setia Pejabat KPN, Bukit Aman.

Turut bertukar, Superintendan Korporat Superintendan Komunikasi Korporat Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) Urus Setia Pejabat KPN, Bukit Aman, Superintenden Abd. Rashid Abu Bakar ke Superintenden Komunikasi Korporat (2), Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) Urus Setia Pejabat KPN, Bukit Aman.

Pada 23 Jun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, calon untuk mengisi kekosongan jawatan Ke­tua Pengarah AKPS sudah dikenal pasti dan pengumuman bakal dibuat dalam masa terdekat.

Jawatan Ketua Pengarah AKPS kosong selepas penyandangnya Datuk Seri Hazani Ghazali bersara wajib pada 10 Februari lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×