Mohd. Khalid dilantik Ketua Polis Negara

Mohd. Khalid dilantik Ketua Polis Negara

SAIFUDDIN Nasution Ismail (tengah) menyaksikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menyerahkan tongkat kuasa kepada Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail sebagai simbolik pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) KL di sini, hari ini. Gambar; MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) Ke-15 berkuat kuasa hari ini.

Beliau menggantikan Tan Sri Razarudin Husain yang menamatkan kontrak pada 22 Jun ini.

Majlis serah terima tugas disaksikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Sebelum ini, Mohd. Khalid dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas berkuat kuasa 8 Mei 2023.

Beliau merupakan Timbalan Pengarah Cawangan Khas I selepas dilantik pada 25 Oktober 2022.

Pada 2 November 2023, Mohd. Khalid dikurniakan Darjah Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP) daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN