Mayat lelaki ditemukan di tapak pembinaan

Mayat lelaki ditemukan di tapak pembinaan

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mayat seorang lelaki ditemukan di tapak pembinaan di Bangsar di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, identiti mayat belum dapat disahkan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Memang ada jumpa, tetapi belum dapat dipastikan sama ada mayat itu ialah lelaki Britain yang dilaporkan hilang baru-baru ini.

“Siasatan masih diteruskan dan anggota bomba sedang menjalankan kerja-kerja membawa keluar mayat terbabit,” katanya.

Sebelum ini, seorang lelaki warga Britain dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat pada 27 Mei lalu berhampiran Bangsar.

Kehilangan lelaki berusia 25 tahun itu disedari oleh keluarganya apabila telefon bimbitnya tidak dapat dihubungi, malah akaun media sosialnya juga tidak aktif. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN