M Nasir, isteri berangkat ke Tanah Suci - Utusan Malaysia

M Nasir, isteri berangkat ke Tanah Suci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi terkenal, Datuk M. Nasir berangkat ke Tanah Suci bersama isteri, Marlia Musa, untuk menyempurnakan ibadah haji.

Berita itu dikongsikan kenalannya, Siella Zambri menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram.

“Semoga perjalanan Datuk M Nasir dan isteri dipermudahkan.

“Segala amalan diterima dan menjadi haji yang mabrur. Doa kami semua sentiasa mengiringi setiap langkah.Insyallah, jaga diri,” tulisnya.

Dalam video tersebut turut memaparkan penyanyi Mustika itu menyarungkan busana berwarna putih dan berkopiah bersedia untuk berlepas.

Sementara isterinya dilihat manis memakai jubah berwarna putih berpelukan dengan kenalan terdekat sebelum meninggalkan Malaysia.

Pada minggu lepas, Datuk M Nasir dan isteri sempat mengadakan kenduri doa selamat kecil-kecilan sempena berangkat menunaikan haji. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN