Lendu Fun Run 2025 rai lebih 500 peserta, meriahkan Masjid Tanah - Utusan Malaysia

Lendu Fun Run 2025 rai lebih 500 peserta, meriahkan Masjid Tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MASJID TANAH: Lendu Fun Run 2025 yang berlangsung pada 30 dan 31 Mei lalu mencatat kejayaan tersendiri apabila menarik penyertaan lebih 500 peserta dari pelbagai negeri termasuk Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Johor dan Kuala Lumpur.

Program yang berlangsung di kawasan Lendu, Masjid Tanah itu dianjurkan oleh Cappella Entertainment Sdn. Bhd., sebuah syarikat yang komited dalam menganjurkan aktiviti kemasyarakatan dan pelancongan domestik.

Menurut wakil penganjur, sambutan yang menggalakkan membuktikan acara sebegini mampu merapatkan hubungan antara komuniti setempat serta peserta luar, di samping menghidupkan suasana sihat dan harmoni dalam masyarakat.

“Lendu Fun Run bukan sekadar acara larian biasa, sebaliknya menjadi medium mengeratkan silaturahim dan memberi ruang kepada masyarakat menikmati suasana desa yang tenang sambil menyokong aktiviti pelancongan setempat,” katanya.

Menariknya, program ini turut menjadi antara acara sokongan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026, sekali gus menunjukkan sokongan penuh pihak kami.

“Kami amat berbesar hati kerana diberi peluang menjadi antara penganjur program kerakyatan yang menyokong agenda pelancongan negara. Konsep ‘rakyat untuk rakyat’ ini penting untuk memberi manfaat sebenar kepada komuniti,” ujar pihak syarikat itu lagi.

Penganjur turut berhasrat untuk menganjurkan lebih banyak program seumpamanya di masa akan datang sebagai usaha berterusan memperkasa komuniti sambil mempromosi sektor pelancongan domestik.

Acara dua hari itu turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti sampingan seperti jualan makanan, pameran usahawan tempatan dan persembahan seni budaya, menjadikannya platform menyeluruh untuk seluruh lapisan masyarakat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN