PASIR PUTEH: Seorang lelaki parah ditetak sekumpulan individu yang memakai pelitup muka dengan bersenjatakan parang dalam kejadian di Kampung Baru Nelayan, Tok Bali di sini, Jumaat lalu. Dalam kejadian kira-kira pukul 11.35 malam itu, mangsa yang berusia 25 tahun cedera di bahagian lutut kiri dan buku lali kaki kanannya. Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria berkata, siasatan awal mendapati, mangsa berada di depan rumah rakan kepada salah seorang suspek. Menurutnya, lelaki itu kemudian didatangi beberapa individu yang memakai pelitup muka sebelum tiba-tiba menyerangnya. “Mangsa ditetak beberapa kali…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya