SIBU: Lelaki warga Indonesia yang meloloskan diri dari lokap Balai Polis Sentral Sibu pada 21 Jun lalu berjaya ditangkap semula semalam. Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata suspek, 25, ditangkap di Jalan Terap, di sini kira-kira pukul 12.26 tengah malam semalam, susulan maklumat daripada orang awam. “Semasa tangkapan dibuat, suspek masih bergari dan berpakaian lokap,” katanya dalam kenyataan. Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan yang…










