GEORGE TOWN: Program Sumbangan Asas Rahmah (Sara) terus menunjukkan impak positif apabila lebih 4.8 daripada 5.4 juta penerima telah menggunakan MyKad mereka untuk membeli barangan asas di premis berdaftar sehingga Jun ini. Jumlah tersebut dikatakan bersamaan dengan kadar penggunaan sebanyak 89 peratus bagi bulan ketiga pengkreditan. Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, perkembangan itu tidak langsung menggambarkan keyakinan rakyat terhadap inisiatif kerajaan yang bukan sahaja menyasarkan bantuan tunai, malah,…










