PETALING JAYA: “Kau ini orang Melayu ke apa? Tak tahu nak hargai perniagaan tempatan.” Demikian respons penyanyi dan usahawan produk Che Ani Premium, Noraniza Idris yang menyelar tindakan netizen yang mendakwa pihaknya meniru idea Datuk Seri Aliff Syukri selepas memperkenalkan pembungkusan baharu berbentuk kotak. Menurut Noraniza, pembungkusan baharu tersebut diperkenalkan bagi menghargai warisan dan pembeli setia muruku Che Ani Premium. “Kalau tengok betul-betul, itu beg ke? Saya rasa kotak. Tak…