Ladang getah terbiar akan dihidupkan semula - Johari

Ladang getah terbiar akan dihidupkan semula – Johari

JOHARI Abdul Ghani berucap merasmikan Mesyuarat Pewakilan UMNO Padang Terap di Naka, Padang Terap hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG TERAP: Kerajaan dalam proses untuk menghidupkan semua ladang getah terbiar dalam kalangan pekebun kecil di seluruh negara bagi membentuk satu model pengurusan ladang berskala besar yang lebih berkesan.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, pendekatan tersebut dilihat berkesan untuk mengurangkan kebergantungan negara terhadap import bahan mentah dari luar negara.

Beliau berkata, dianggarkan kira-kira 95 peratus pekebun kecil di Malaysia hanya memiliki ladang getah berkeluasan di antara dua hingga empat hektar yang menyukarkan penggunaan teknologi moden dan menjana hasil secara mampan.

“Saya bukan mahu ambil tanah mereka, tetapi kita mahu bantu kumpulkan dan uruskan ladang-ladang ini secara kolektif. Kalau hari ini mereka ada tiga hektar, bila kita gabung, boleh jadi 30 atau 50 hektar yang lebih produktif.

“Saya hendak susun strategi ini, hendak berbincang dengan pekebun kecil ini yang mempunyai ladang getah yang kecil dan jadikan ladang besar,” katanya ketika berucap dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap, dekat sini, hari ini.

Beliau memberitahu, strategi tersebut dilihat mampu meningkatkan hasil getah Malaysia yang kini terpaksa mengimport getah asli bernilai RM7 bilion setahun dari luar negara

“Kalau kita dapat susun strategi ini, maka RM7 juta ini tidak akan keluar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN