PETALING JAYA: Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) melakukan kunjungan hormat kepada Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail bagi memperkukuh hubungan dua hala antara dua entiti berkenaan di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, hari ini.
Delegasi SPP diketuai oleh Setiausaha Bahagian, Mohd. Khairul Zamalluddin.
PDRM dalam hantaran di Facebook berkata, kunjungan berkenaan bertujuan membincangkan pelbagai isu berkaitan hal ehwal kepolisan dan perkhidmatan dalam pasukan.
Turut hadir, Pengarah Pengurusan, Datuk Abdul Aziz Abdul Majid; Ketua Penolong Setiausaha (Tatatertib dan Inkuiri), SPP, Asisten Komisioner Agus Salim Mohd Alias serta Ketua Penolong Setiausaha (Perkhidmatan dan Dasar Perancangan), SPP, Syuhana Khalidi.-UTUSAN