Konsert (G)I-DLE & Bambam batal bukan sebab tidak dapat kebenaran

Konsert (G)I-DLE & Bambam batal bukan sebab tidak dapat kebenaran

Konsert (G)I-DLE & Bambam batal bukan sebab tidak dapat kebenaran
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Dakwaan pembatalan Konsert (G)I-DLE & Bambam Live in Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada 14 Jun depan kerana tidak mendapat kelulusan Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (JK-PUSPAL) adalah tidak benar.

JK- PUSPAL berkata, ini kerana, mengikut rekod, kelulusan prapermohonan bagi penganjuran konsert berkenaan telah diperoleh pada 28 April lalu.

“Keputusan pembatalan konsert itu adalah berdasarkan permohonan daripada pihak penganjur setelah mengambil kira justifikasi dan kepentingan semua pihak.

“Dalam hal ini, pihak penganjur perlu membuat persiapan rapi termasuk mendapat kelulusan awal daripada pelbagai pihak berkepentingan yang terlibat sebelum menganjurkan suatu konsert melibatkan artis antarabangsa ternama seumpama ini seperti yang tertakluk dalam Garis Panduan PUSPAL (GPP).

“JK-PUSPAL ingin menegaskan bahawa dakwaan pembatalan disebabkan tidak mendapat kelulusan daripada JK-PUSPAL adalah tidak benar sama sekali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Kementerian Komunikasi menerusi JK-PUSPALmerujuk kepada kenyataan dan ulasan berkaitan pembatalan Konsert “(G)I-DLE & Bambam Live in Malaysia” kerana tidak mendapat kelulusan JK-PUSPAL yang diterbitkan dalam akhbar tempatan pada 1 Jun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN