Konflik Iran-Israel: Rakyat Malaysia dijangka tiba malam ini di KLIA

Konflik Iran-Israel: Rakyat Malaysia dijangka tiba malam ini di KLIA

WISMA PUTRA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rakyat Malaysia yang berada di Iran dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam ini selepas berjaya dibawa keluar susulan ketegangan keselamatan di negara itu.

Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan, mereka telah dipindahkan dengan selamat menggunakan penerbangan Turkmenistan Airlines dan kini sedang dalam perjalanan ke Malaysia melalui Bangkok, Thailand.

“Proses membawa pulang ini dilaksanakan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Tehran dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di Ashgabat dan Bangkok.

“Mereka dijangka tiba di KLIA 1 dengan menaiki penerbangan Malaysia Airlines, MH781 dan dijangka tiba pada jam 10.50 pm (waktu Malaysia) pada hari yang sama, katanya dalam kenyataan.  

Semalam, Kerajaan Malaysia mengarahkan semua rakyat Malaysia keluar dari Iran susulan situasi keselamatan yang kian membimbangkan, terutamanya melibatkan ketegangan Iran-Israel.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerajaan segera melaksanakan pelan evakuasi menyeluruh berikutan tiada penerbangan komersial tersedia dari Tehran.

Katanya, rakyat Malaysia terpaksa melalui perjalanan hampir 13 jam ke Turkmenistan, yang merupakan laluan sempadan terdekat bagi keluar dari Iran, manakala semua kelulusan visa dan kebenaran berada sementara di Turkmenistan selama dua hari telah diperolehi.

Difahamkan, jumlah rakyat Malaysia di Iran adalah kecil dan terdiri daripada pelajar, pelancong serta kakitangan kedutaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN