Kenderaan perdagangan guna tayar tidak selamat disita

Kenderaan perdagangan guna tayar tidak selamat antara kesalahan dikesan JPJ Terengganu

MOHD. Zamri Samion (kanan) semasa melakukan pemeriksaan terhadap pemandu bas menerusi Op Khas Sempena Hari Raya Aidiladha 2025 di Jambatan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, malam tadi. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sebuah lori kargo menggunakan tayar tidak selamat antara 25 kenderaan yang disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu menerusi Op Khas Hari Raya Aidiladha (HRAA) 2025, di sini, malam tadi.

Pengarah JPJ Terengganu, Mohd. Zamri Samion berkata, pemeriksaan mendapati tujuh daripada tayar kenderaan itu tidak selamat digunakan kerana bunga tayar mengalami haus berlebihan selain ada yang terkopak dan berlubang.

Katanya, selain lori kargo membawa muatan kontena berisi cecair nitrogen itu, anggotanya turut menyita lapan kenderaan mewah dalam tempoh dua hari operasi bermula Rabu lalu.

“Antara kesalahan-kesalahan lain yang dikesan membabitkan cukai jalan, insuran dan lesen memandu dan lesen memandu vokasional (GDL) tamat tempoh,” katanya dalam sidang akhbar pelaksanaan operasi itu.

Mohd. Zamri berkata, JPJ memandang serius kesalahan teknikal khususnya melibatkan kenderaan perdagangan.

Sementara itu, katanya, sebanyak 6,006 kenderaan diperiksa dengan 529 buah daripadanya dikenakan tindakan membabitkan pelbagai kesalahan dalam tempoh dua hari operasu berkenaan dilaksanakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN