Kemukakan cadangan kembalikan Hishammuddin kepada pimpinan parti

Kemukakan cadangan kembalikan Hishammuddin kepada pucuk pimpinan parti

JOHARI Abdul Ghani bergambar bersama para pelajar yang menyertai majlis Dialog@KPK Bersama YB Menteri Kementerian Perladangan Dan Komoditi di Kuala Kangsar, Perak. - UTUSAN/FADZIL ZAINOL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: UMNO Bahagian Sembrong diminta mengemukakan cadangan kepada pucuk pimpinan parti yang mahukan hukuman penggantungan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ditamatkan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mahu langkah itu dibuat sebelum ulasan lanjut boleh diberikan mengenai cadangan tersebut.

“Buat cadangan itu dan bawa ke Mesyuarat Majlis Tertinggi parti. Saya akan beri komen,” katanya kepada pemberita selepas majlis Dialog@KPK Bersama YB Menteri Kementerian Perladangan Dan Komoditi, di sini hari ini.

Semalam, UMNO Bahagian Sembrong sebulat suara membawa usul merayu hukuman penggantungan selama enam tahun ke atas Hishammuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Sembrong dan bekas Naib Presiden UMNO ditamatkan.

Rayuan itu dilakukan atas mengambil kira jasa Hishammuddin membangunkan Parlimen Sembrong lebih 20 tahun dan merupakan tahun kedua berturut- turut disuarakan supaya penggantungan bekas Menteri Pertahanan itu ditarik balik tanpa syarat.

Hishammuddin digantung berkuat kuasa 27 Januari 2023 untuk tempoh selama enam tahun atau dua penggal pemilihan Majlis Kerja Tertinggi UMNO kerana melanggar Fasal 20.9 Perlembagaan parti tersebut.

Rayuan oleh UMNO Bahagian Sembrong itu dibuat atas keadaan yang bakal berhadapan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-16 tidak lama lagi yang dijangka berlaku pada penghujung 2027. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN