PETALING JAYA: Sebanyak 898 syarikat dibatalkan atau digantung lesen pengimport kerana gagal mematuhi syarat ditetapkan, sejak 2023 hingga Mei lalu. Dalam tempoh terbabit, 21 pemegang lesen import rokok, tembakau dan minuman keras (RMK) turut dibatalkan serta digantung oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Pemangku Ketua Pengarah Kastam, Norlela Ismail berkata, JKDM merupakan agensi utama kerajaan yang bertanggungjawab memungut cukai tidak langsung negara, selain memberi fasilitasi perdagangan kepada komuniti dan organisasi perniagaan serta perindustrian. Katanya, sebagai agensi yang bertanggungjawab dalam memelihara ekonomi negara, pihaknya perlu memastikan pelaksanaan yang telus dan berintegriti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya