JOHOR BAHRU: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mengesan waris seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di sebuah pusat perlindungan di bandar raya ini, April lalu bersama sekeping nota menyatakan bayi itu diberi nama sebagai Inara Aisyah. Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru, Norhafizah Ahmad berkata, bayi dipercayai berusia beberapa hari ditemukan dalam keadaan sempurna dan ditinggalkan di dalam peti itu bersama nota mencatatkan nama, tarikh dan masa kelahiran bayi. Katanya bayi…