MEKAH: Jemaah haji kumpulan KT001 yang bakal pulang dan tiba di tanah air esok teruja selepas seolah-olah dilayan seperti orang kenamaan (VIP) menerusi perkhidmatan City Check In (CCI) disediakan Tabung Haji (TH) bagi memudahkan lagi pengurusan bagasi mereka. Seorang jemaah wanita dari Pasir Putih, Kelantan, Nora’azidah Abd. Rahman, 51, berkata, proses daftar masuk bagasi semalam berjalan sangat lancar dari awal sehingga selesai. “Alhamdulillah terima kasih TH, saya akan turun dahulu…










