PETALING JAYA: Keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan rujukan undang-undang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai imuniti Perdana Menteri adalah selari dengan prinsip asas kedaulatan undang-undang dan doktrin pemisahan kuasa. Ketua Pembangkang Dewan Rakyat, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, jawatan Perdana Menteri tidak seharusnya menjadi perisai diri oleh mana-mana pihak untuk mengelak daripada dibicarakan di mahkamah. “Siapa pun yang memimpin negara, beliau mempunyai tanggungjawab moral untuk memperlihatkan tauladan kepimpinan kepada rakyat,…