KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memberi amaran setiap perbelanjaan kerajaan mesti dikawal rapi dan tidak disalahgunakan oleh menteri atau ahli Parlimen untuk tujuan memancing undi sehingga menyebabkan hutang negara bertambah. Baginda bertitah, pegawai- pegawai kerajaan pula harus memastikan setiap keputusan dibuat mengikut syarat dan peraturan, bukannya mengikut telunjuk orang politik. Bertitah pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2025 di Istana Negara sempena Hari…