KUALA PILAH: Seorang pengusaha produk makanan salai dari Kampung Ibol di sini membuktikan bahawa produk kampung juga mampu memberikan sumbangan dalam bidang akademik dan penyelidikan negara. Pemilik 48 Salai Smoke House, Mohamad Saiful Nizam Jahaluddin, 39, berkata, dia kini menjadi pembekal kepada produk itik salai kepada pasukan penyelidik Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi kajian penyimpanan makanan menggunakan sinaran gamma. Menurutnya, kepercayaan diberikan pasukan penyelidik itu amat membanggakannya, apatah lagi kajian bertajuk ‘Itik Gammaglow: Itik Salai Sinaran Gamma Untuk Bilik Penyimpanan Suhu dan Pengangkutan’ itu berjaya meraih anugerah emas dalam Hari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya