Ioan Gruffudd bakal timang cahaya mata - Utusan Malaysia

Ioan Gruffudd bakal timang cahaya mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Pelakon filem Fantastic Four, Ioan Gruffudd, 51, dan isterinya, Bianca Wallace, 32, bakal menimang cahaya mata pertama.

Pasangan itu berkongsi khabar tersebut menerusi satu hantaran di Instagram pagi semalam.

“Baby Gruffudd poppin’ out to say hello!” tulis kapsyen ringkas tetapi penuh makna itu.

Sejurus selepas hantaran dimuat naik, ruang komen dihujani ucapan tahniah para peminat serta rakan selebriti mereka.

“Ini adalah berita yang ditunggu ramai. Semoga dipenuhi kasih sayang dan kegembiraan. Anak kalian pasti cantik dan sempurna,” ujar netizen.

Pada April lalu, pasangan ini menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram masing-masing mengumumkan selamat bernikah.

Pasangan ini mula mendedahkan hubungan mereka pada Oktober 2021 dan sejak itu kelihatan semakin bahagia bersama, meskipun sebelum ini mereka berdepan pelbagai cabaran.

Untuk rekod, Ioan dan Alice bercerai pada Julai 2023 selepas lebih dua tahun melalui proses perpisahan yang penuh kontroversi.

Namun, pertikaian antara mereka masih berterusan khususnya dalam isu hak penjagaan dan nafkah anak serta sokongan kewangan.

Mereka mempunyai dua orang anak perempuan iaitu Ella, 15, dan Elsie, 11.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN