KUANTAN: Seorang pegawai polis berpangkat asisten superintenden polis (ASP) kekal dipenjara 12 bulan selepas Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menolak rayuan terhadap sabitan serta hukuman atas kesalahan menerima rasuah, tujuh tahun lalu. Hakim Datuk Mohd. Radzi Harun membuat keputusan itu selepas meneliti hujahan kedua-dua pihak dan mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen sebelum ini yang menjatuhkan hukuman penjara dan denda RM25,000 terhadap tertuduh, Hasbullah Ali Alias, 48. Tertuduh yang diwakili peguam Ahmad Nur Faid Afiq Aziz bagaimanapun memohon penangguhan pelaksanaan hukuman selaras Seksyen 311 Kanun Tatacara Jenayah sementara menunggu rayuan didengar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya