Hanya 13.36 peratus wanita Malaysia jadi Ahli Parlimen

Hanya 13.36 peratus wanita Malaysia jadi Ahli Parlimen

NANCY Shukri (duduk, tengah) bersama peserta selepas merasmikan Program Inspirasi Wanita: 'Womenpreneurs-Shaping The Future Economy' di Seberang Jaya, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mahu lebih ramai golongan wanita berkecimpung dalam bidang politik selepas ini.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ketika ini, 49 peratus rakyat Malaysia terdiri daripada wanita, namun, hanya 13.36 peratus sahaja yang menjadi Ahli Parlimen.

“Kesedaran politik dalam kalangan wanita perlu ditingkatkan. Begitu juga peranan kita dalam kerajaan yang wajar memberi lebih banyak peluang kepada kaum hawa untuk menyertai politik.

“Selain itu, parti-parti politik juga perlu memainkan peranan untuk memberi lebih banyak peluang kepada para wanita. Kita yakin akan dapat lihat kehebatan mereka untuk menyumbang bukan sahaja kepada kepada kepimpinan parti, malah, kemajuan negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Inspirasi Wanita: ‘Womenpreneurs-Shaping The Future Economy’ di Seberang Jaya di sini, hari ini.

Terdahulu, Nancy dalam ucapannya berkata, program inspirasi wanita itu memberi peluang untuk golongan berkenaan meneroka ilmu baharu, berkongsi strategi serta membina jaringan sokongan masing-masing.

“Dunia sedang berubah dengan pantas disusuli dengan kewujudan teknologi, kecerdasan buatan (AI), ekonomi hijau dan semua ini memerlukan kita untuk lebih bersedia.

“Berdasarkan data yang direkodkan, kadar penyertaan tenaga buruh wanita hanya 56.3 peratus yang jauh di bawah lelaki sebanyak 83.2 peratus, sedangkan wanita, kita lebih ramai di universiti dan lebih tinggi dalam pencapaian akademik.

“Oleh itu, golongan wanita kini bukan hanya menjadi sekadar pengikut, tapi, perlu berperanan sebagai peneraju.

“Jika jurang ini berjaya ditutup, kita percaya, sumbangan wanita akan menambah RM6 bilion kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) selepas ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN